Bertempat di Bilik Mesyuarat U-Assist, satu taklimat berkaitan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 telah diadakan baru-baru ini.Lawatan ini diketuai oleh Ketua Juruaudit, Hasma Hj Harun bersama lima orang Juruaudit Dalaman.
Audit Dalaman diadakan secara fizikal yang mana seramai empat orang auditor terlibat dalam pemantauan skop operasi iaitu Sakinah Sabudin, Dr Saidatul Nurul Hidayah Jannatun Naim, Nurul Asyiqin Muhamad Zaini dan juga Nurhadayah Abdul Rahim.
Audit Kualiti Dalaman ini bertujuan untuk menentukan pematuhan berterusan terhadap proses kerja dan sistem pengurusan operasi mengikut keperluan Standard MS ISO 9001: 2015.Ketua Juruaudit menerangkan serba sedikit mengenai skop pengauditan yang melibatkan rekod kualiti dan fail dan skop operasi perkhidmatan
Hasil daripada audit dalaman juga memberi peluang kepada tindakan pembetulan, dan penambahbaikan dilaksanakan secara sistematik dan berterusan.Diakhir sesi audit, Pengarah U-Assist, Suraya Deraman merakamkan penghargaan kepada pasukan auditor yang mewakili Universiti Utara Malaysia (UUM).
U-Assist berbesar hati menerima cadangan yang dapat memberi tambah baik kepada organisasi secara keseluruhannya.“Kami berlapang dada dalam menerima segala cadangan penambahbaikan dan U-Assist akan terus berusaha untuk meningkatkan servis dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa” jelas Pengarah U-Assist.
Beliau turut berterima kasih kepada semua warga U-Assist di atas segala komitmen dan sokongan sepanjang proses audit berlangsung, tambah beliau lagi. Dengan adanya pengauditan sebegini diharap dapat membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk lebih bersedia berhadapan dengan Audit SIRIM yang akan datang.