U-Assist telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Sultan Azlan Shah yang diketuai Pengerusi Alumni (USAS), Dr. Mohd Sani Kamaruddin baru-baru ini. Ketibaan delegasi ini disambut mesra oleh Pengarah U-Assist Suraya Deraman.
Dalam kunjungan itu, Suraya turut memberikan taklimat ringkas tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh U-Assist kepada pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Kesinambungan komitmen U-Assist dengan menyediakan perkhidmatan atas talian kepada pelajar menarik perhatian delegasi USAS.
Dr. Mohd Sani menyatakan perkhidmatan yang ditawarkan adalah sangat baik. Kemudahan dan perkhidmatan pada satu tempat serta kemesraan staf
U-Assist sangat membantu memberikan keselesaan dan memudahkan pelajar.
Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah dan berkata persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan telah menjadi inspirasi kepada pihaknya.
Turut serta dalam kunjungan ini ialah Dr. Salina Khalid yang merupakan kunjungan kali kedua beliau ke UUM.