Berita & Gambar oleh: Syamimi Mohd Zaini
U-Assist baru-baru ini telah menerima satu kunjungan ringkas dari wakil Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Pengurus Seksyen Pendidikan Tertiari (YPM) Abdul Shukor Ibrahim bersama Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri (YPM) Perlis, Nor Azira Mohd Azmi hadir ke U-Assist dengan disambut oleh Pengarahnya, Suraya Deraman.
Abdul Shukor dibawa meninjau fasiliti U-Assist sambil diberikan taklimat ringkas oleh Suraya. Turut diberi perhatian adalah kemudahan kaunter-kaunter perkhidmatan rakan bersekutu U-Assist seperti Unit Visa dari Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) dan kaunter Smart Card dari UUM Information Technology (UUMIT).
Nor Azira berkata, “U-Assist ini sangat kondusif dan memudahkan pelajar baharu dan sedia ada untuk berurusan dengan konsep One Stop Centre. Urusan sangat cepat dan mudah, kakitangan disini juga sangat membantu.”
Kunjungan ringkas ini turut dihadiri oleh Noor Nazila Nazren selaku Pegawai Kewangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Utara Malaysia dan Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar HEP, M Shahadat Ali Nordin.