Berita oleh: Parames Sivam
Gambar oleh: U-Assist
Nilai, Polisi dan Fakta Tentukan Keberhasilan Komunikasi Dalam Organisasi
Komunikasi merupakan satu kaedah penting dalam proses penyampaian maklumat. Pelbagai elemen dalam aliran berkomunikasi perlu diberi perhatian khususnya pada zaman yang semakin maju.
Bagi menzahirkan perkongsian ilmu tersebut, Unit Bimbingan dan Kesejahteraan, U-Assist telah menganjurkan program Bicara Tamu U-A-ssist Siri 3: Nak Kata Apa Ya?. Prof. Dr. Norhafezah Yusof dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diundang sebagai penceramah.
Dalam ceramahnya, Prof. Dr. Norhafezah menekankan tiga elemen penting yang mana tujuan, cabaran dan strategik untuk meningkatkan kecekapan berinteraksi semasa berhubung dengan rakan sekerja, pelanggan mahupun pegawai-pegawai atasan. Mengulas lanjut, Prof. Dr. Norhafezah berkata, setiap individu perlu cuba memberanikan diri dan sedia berinteraksi semasa berbicara dengan pihak yang berkenaan bagi mengelak konflik.
Keberhasilan komunikasi terutama dalam organisasi dapat memupuk budaya kerja yang positif serta suasana kerja yang inklusif. Secara umumnya program ini mendedahkan aspek komunikasi dalam organisasi serta memastikan perkongsian maklumat adalah betul.
Program ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan komunikasi kepada peserta tentang membina hubungan yang baik dalam sesebuah organisasi. Bicara Tamu U-Assist Siri 3 telah dikendalikan oleh moderator, Mohammad Hezaire Mohammad Yamin, Kaunselor Pelatih di bawah Unit Bimbingan dan Kesejahteraan, U-Assist.
Lebih 500 orang peserta hadir dalam program yang dijalankan secara atas talian yang terdiri daripada staf dan pelajar UUM.